Sejarah Ringkas SMK Matupang Jaya

SMK Matupang Jaya terletak di Kampung Matupang, Ranau. Sekolah ini telah dibuka dan memulakan persekolahannya
pada 01.12.1994. Jaraknya dari Ranau ialah kira-kira 49km. Sekolah ini telah dibina di atas tanah penduduk kampung
yang seluas kira-kira 30 ekar. Sekolah ini diberi nama SMK Matupang Jaya berdasarkan kedudukanya
di Kampung Matupang Ranau.

Pada mulanya sekolah ini kononnya sekolah cawangan SMK Mat Salleh, Ranau. Oleh itu pengetua SMK Mat Salleh,
Encik Mohd. Farid Linggi telah mengarahkan beberapa orang gurunya supaya bertugas di sekolah ini. Namun sebenarnya sekolah ini merupakan sekolah persendirian.

Lantaran ketiadaan bangunan sendiri, maka pelajar-pelajar SMK Matupang Jaya menumpang di SK Matupang buat sementara waktu sehingga bangunannya sendiri siap sepenuhnya pada 5.1.1995. Bilangan kelas pula hanya tiga sahaja
dan terdiri daripada tingkatan satu. Pelajar-pelajar sekolah ini terpaksa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya pada sebelah petang selepas pelajar-pelajar sekolah rendah menghabiskan sesi pembelajaran mereka.

Bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini pada peringkat permulaan adalah seramai 106 orag sahaja. Pelajar-pelajar
ini datangnya dari kampung Matupang dan sekitarnya sahaja. Penduduk kampung bergotongroyong membina asrama untuk menempatkan pelajar-pelajar yang jauh. Blok asrama ini hanya ini hanya menampung 39 orang pelajar sahaja dan bekalan
makanan asrama adalah dari SMK Mat Salleh Ranau.

Guru-guru SMK Matupang Jaya pula adalah seramai 10 orang yang terdiri dari guru-guru terlatih dan tidak terlatih. Guru-
guru terpaksa berulang alik dari pekan Ranau ke sekolah kerana ketiadaan tempat tinggal selama kira-kira sebulan. Bagi kakitangan bukan mengajar pula ia baru diwujudkan setelah berpindah ke bangunan sendiri.